Showing posts with label aneka kuih muih. Show all posts
Showing posts with label aneka kuih muih. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

cek mek molek

 nie saya kongsikan dengan korang cara nk buat kuih cek mek molek.....

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • 4 biji ubi keledek
  • 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
  • Inti : gula secukupnya

Cara-cara

  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
*kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat.... selamat mencuba..!!!

lompat tikam

korang pernah tak kuih lompat tikam nie?? sekarang saya nk kongsi cara nk buatnya...

Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) ) 

A: Tepung hijau

  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam
C: Pulut merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan A dan tapis
  2. Masak atas api hingga pekat
  3. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) 
  4. Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah 
  5. Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
  6. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya. 
so selamat mencuba....!!!

akok

 kali nie saya nk kongsi dengan korang cara nk buat akok.... senang je nk buat akok nie sebenarnye..

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Saturday, 16 March 2013

tepung pelita


 nie saya kongsikan dengan korang cara nk buat kuih tepung pelita...

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

murtabak mini


pernah makan murtabak mini tak??? mesti ramai jugak peminat murtabak mini kan? nie saya kongsikan cara-cara nk buat murtabak mini nie...

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • Kulit popia saiz sederhana atau besar

Bahan Membuat Inti

  • Bawang kecil dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • 6 tangkai cili kering diblender (2 sudu)
  • 2 sudu serbuk kari
  • 4 biji ubi kentang - saiz sederhana - dipotong dadu
  • Ayam/daging (Ikut suka)
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sampai layu. Masukkan cili blender. Biarkan sekejap dan masukkan serbuk kari. Biarkan atas api seketika.
  2. Masukkan ubi kentang. Tuangkan sedikit air. Agak-agak sekadar untuk mengempukkan kentang. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup dan biarkan seketika hingga kentang empuk dan air sejat. Inti mestilah kering.
  3. Bentangkan kulit popia. Letak inti di atas kulit popia mengikut kesukaan. Kulit popia dilipat.
  4. Panaskan kuali leper. Lengserkan dengan minyak atau mentega. Letakkan murtabak mini. goreng hingga garing atau kekuningan.
  5. Sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan kuah kari. 
Selamat Mencuba....

tart nenas

hai.. mesti ramai peminat biskut tart kan?? terutama sekali tart nenas, kalau hari raya memang wajib ada kan..meh saya kongsikan cara-cara nk buat tart nenas nie...

Bahan-bahan ( 1 balang kecik )

  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm butter
  • 20gm tepung kastad
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
  2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min. 

then dh siap....senang je kan???so, selamat mencuba...

Sunday, 10 March 2013

donut

  pasti ramai yg suka makan donut kan??? nie saya kongsikan dgn korang cara nk buat donut...

Bahan-bahan ( 60 biji )

  • 5 cwn tpg gandum(kalau melekat blh tambah lg tpg)
  • 1 peket yis mauripan
  • 2 sudu bsr susu pekat manis
  • 1 senduk marjerin ( + 2sudu bsr butter)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu gula pasir
  • 2 cwn air suam(utk larutkan yis & gula)
  • 1 cwn gula castor(utk digaul diatas donat)

Cara-cara

  1. larutkan yis & gula-biarkan hingga yis naik.
  2. masukkan semua bhn2 dlm 1 bekas(tpg gandum,telur,marjerin + butter,susu) gaul hingga sebati.
  3. masukkan bacuhan yis yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
  4. uli doh hingga lembut & x melekat di tangan.
  5. canaikan doh td kpd ketebalan 1/2 inci.ptg donut dgn dgn donnut cutter.
  6. taburkan tpg di atas dulang (utk elakkan donut dr melekat)
  7. apabila doonut dah naik,goreng dgn api sederhana.
  8. goreng sehingga warna keemasan.
  9. gaul gula castor diatas donut.
  10. sedia utk dihidangkan panas2.......

Sunday, 17 February 2013

kuih karipap sardin


karipap-karipap cinta??? hehehehe... sekarang saya nk kongsi cara nk buat karipap bukan cintan-cintun erk... so, meri kita mulakan...

Bahan-bahan ( 20 biji )
    bahan untuk doh;
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar majerin-cairkan
  • 5 sudu besar minyak masak-panaskan dan biarkan suam2
  • sedikit air
  • secubit garam
bahan untuk inti sardin;
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 biji kentang di potong dadu-direbus sehingga lembut
  • bawang merah dan bawang putih
  • garam
  • 3 biji cili padi-ketuk
  • air asam/perahan limau nipis
Cara-cara
    untuk doh:
  1. campur semua bahan doh dan uli sehingga doh tidak melekat di jari atau di mangkuk
    untuk inti :
  1. tumis bawang dan cili kemudian masukkan sardin dan air asam serta garam..
  2. masukkan kentang yang telah direbus dan tutup api..
  3. masukkan inti ke dalam doh yang telah dileperkan dan kelim rapi supaya tidak terbuka ketika menggoreng
  4. goreng karipap 

sekarang karipap siap untuk dihidangkan.... selamat mencuba..!!!


kuih samosa






haa...kali nie saya mahu kongsi dengan korang resipi nk buat samosa...


Bahan-bahan;
  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Inti
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah karigaram secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis


Cara-car;
Sediakan Inti:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  2. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  3. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  4. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  5. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api.(kalau nak kentang cepat empuk bolehlah direbus dulu)
  6. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  7. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih.
  8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas


    after siap, boleh la dihidangkan bersama-sama air kopi untuk hidangan minum petang... selamat mencuba..!!!!

Saturday, 16 February 2013

kuih ketayap



korang pernah dengar tak kuih ketayap?? hah nie saya nk kongsi dengan korang cara-cara nk buat kuih ketayap nie...

Bahan-bahan;
utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santa
1 1/2 sudu kecil garam2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau 
utk inti 
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan


Cara-cara;

1. Untuk inti;
  •    Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. 
  • Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. 
  • Inti akan menjadi warna keperangan. 
  • Angkat. Buang daun pandan tadi. 

2. Untuk kulit;
  • Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
  • masukkan tepung ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. 
  • Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. 
  • tambahkan 2-4 titik pewarna ke dalam adunan anda.
  • Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi 
  • layangkan pan agar adunan tadi bulat.
  •  Masak sehingga 2-3 minit, jangan terlalu lama. 
  • Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang.)
  •  Siap untuk disantap.

selamat mencuba...!!!!