Saturday 2 March 2013

nasi lemak


 pasti ramai dikalangan korang pengemar nasi lemak kan??? nah hari nie saya nk kongsikan dengan korang cara-cara nk masak nasi lemak nie....

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Nasi Lemak Santan Kotak (nasi sahaja):
  • * 3 cawan beras (rice cooker cup)
  • * 1 santan kotak 200ml
  • * 1 sudu kecil garam
  • * 2 inci halia
  • * 2 ulas bawang putih
  • * sehelai daun pandan disimpulkan
  • * 1 cawan air atau lebih
Cara-cara
  1. Basuh beras di dalam periuk rice cooker dan toskan airnya.
  2. Di dalam mangkuk yang lain tuangkan santan kotak sehingga habis. Kemudian tambahkan air secawan untuk mencairkan santan tadi. Kacau adunan santan dan air sehingga sebati.
  3. Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan ke dalam beras.
  4. Tuang santan ke dalam beras sehingga menutupi permukaan beras. Sekiranya tidak mencukupi tambah air. Sukat campuran air dan santan tadi seperti memasak nasi biasa. Lebih senang kalau menyukat menggunakan jari tengah dari permukaan beras sehingga ke garisan alis jari tengah yang pertama (lebih kurang 2cm).
  5. Tambahkan 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
  6. Masak adunan nasi lemak tadi di atas rice cooker seperti biasa. Sesudah suis masak atau cook bertukar kepada warm, ambil senduk nasi dan gaul nasi lemak yang sudah dimasak untuk mengeluarkan wap airnya. Gaul secara kasar macam goreng mee. Dan tekan semula suis masak atau cook kembali.
  7. Nasi akan dimasak semula tapi kali ni lebih kering dan tidak melekat. Biarkan suis warm berlalu lebih 30 minit untuk mendapatkan nasi lemak yang seroi dan sedap. 

Selamat mencuba!!.

0 comments:

Post a Comment