Showing posts with label Aneka kek. Show all posts
Showing posts with label Aneka kek. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

kek keladi

pasti ramai peminat kek keladi kan...nie saya kongsikan cara nk buat kek keladi...
Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm )
KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara
KEK :
  1. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  2. Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
KELADI:
  1. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  2. Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  3. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  4. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  5. Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  6. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  7. Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Saturday, 2 March 2013

blueberry cheesecake

hye.... kali nie mari saya  kongsi dengan korang cara-cara nk buat blueberry cheesecake....

Bahan-bahan ( 23cm )
  • BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 50g Almond flakes - toast
  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
  • TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  2. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  3. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
  4. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  5. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar. 

so, selamat mencuba...!!

Saturday, 16 February 2013

kek batik sedap


Pasti ramai peminat kek batik kan??? hari nie saya nk kongsikan dengan korang cara-cara nk buat kek batik...
 Bahan-bahan;
  • 2 roll biskut marrie (satu paket)
  • 240 gram planta
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 2 1/2 senduk kecil serbuk chocolate 
  • 1 sudu milo

Cara-caranya; 
  1. Patah biskut marrie jadi setengah letak ke tepi dlu
  2. bukak api perlahan dan cairkan planta
  3. masukkan susu pekat kacau sampai sebati.
  4. Masukkan serbuk chocolate dan milo kacau sampai likat.
  5. Tutup api dan masukkan biskut marrie dan gaul secukupnya.
  6. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca.Kalau nak rasa mcm KEK msukkan peti ais

so, selamat mencuba...!!
 

Sunday, 3 February 2013

resipi kek coklat kukus

masakan ape lagi erk nk kongsi dengan korang..... hrmmmm... hah ape kata saya kongsi dengan korang pasal kek coklat...???? mesti ramai yang meminati kek coklat kan?? sebenarnya resipi kek coklat nie mak saya yang bagi... benda nie simple jer.. meh saya tunjukkan cara-caranya.. Bahan-bahan
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 cawan Gula
  • 1 cawan Susu Cair
  • 3/4 cawan Serbuk koko
  • 1/4 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1/4 sudu kecil Baking Powder
  • Esen Vanilla
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. masak serbuk koko, bersama susu cair dan gula
  2. setelah masak, biarkan sejuk dulu sekejap. then masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder, pastu kacau slow-slow sambil masukkan telur yang dipukul dgn sedikit esen vanilla. kacau sehingga semua bahan sebati.
  3. lepas tu kukus selama 1 jam.
  4. siap untuk dihidang semasa minum petang...
selamat mencuba...!!!!