Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

aiskrim cempedak

resipi nie khas untuk korang yang ada buah cempedak yang banyak and dah tak tahu nak buat apa, so try laa buat aiskrim cempedak nie....
 Bahan-bahan ( 1 ltr )
  • 2 1/2 cawan coffeemate
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan isi cempedak
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit pewarna kuning (opt)
Cara-cara
  1. Kisar susu segar dan isi cempedak hingga halus.
  2. Tuangkan bahan yang dikisar kedalam mangkuk mixer dan campurkan kesemua bahan2 yang lain dan putar hingga sebati.
  3. Tuang bahan2 tadi kedalam sebuah mangkuk,tutup dan simpan dlm freezer hingga beku.
  4. Keluarkan semula dan putar semula hingga sebati lagi dn simpan semula dlm freezer hingga beku lagi dan sedia dinikmati.

aiskrim durian


Bagi korang yang ada buah durian terlebih tue...boleh laa try buat aiskrim durian nie...
Bahan-bahan ( +- 600ml )
  • 250g isi durian
  • 200ml fresh cream / whipping cream
  • 200ml fresh milk
  • 200ml air
  • 50-70g susu pekat manis
Cara-cara
  1. Masuk semua ke dalam blander. Mix sehingga sebati.
  2. Masukkan susu sikit demi sedikit. Sambil tu rasalah..Ni utk mengelakkan dari termanis.. Kalau durian tu dah manis.. letaklah sedikit sahaja.
  3. Bila dah siap tu bolehlah simpan kat tempat frozen.
  4. Bila dah hampir separuh beku tu, bawa keluar dr freezer. Mix dengan mixer sehingga nampak gebu.. Lepas tu frozen semula. (ulang 2-3x utk dapat hasil yg lembut) 
selamat mencuba..!!!

aiskrim tembikai

  Mesti ramai penggemar aiskrim kan??? nie saya nk kongsi dengan anda resipi nak buat aiskrim tembikai....
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 300cc tembikai
  • 1sb madu
  • 300cc fresh cream
  • 3 sb gula halus
Cara-cara
  1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
  2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
  3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
  4. Bekukan dalam freezer
  5. Bila aiskrim hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. 
  6. last sekali siap untuk dihidangkan....
selamat mencuba...!!