Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Tuesday 26 March 2013

aiskrim cempedak

resipi nie khas untuk korang yang ada buah cempedak yang banyak and dah tak tahu nak buat apa, so try laa buat aiskrim cempedak nie....
 Bahan-bahan ( 1 ltr )
  • 2 1/2 cawan coffeemate
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan isi cempedak
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit pewarna kuning (opt)
Cara-cara
  1. Kisar susu segar dan isi cempedak hingga halus.
  2. Tuangkan bahan yang dikisar kedalam mangkuk mixer dan campurkan kesemua bahan2 yang lain dan putar hingga sebati.
  3. Tuang bahan2 tadi kedalam sebuah mangkuk,tutup dan simpan dlm freezer hingga beku.
  4. Keluarkan semula dan putar semula hingga sebati lagi dn simpan semula dlm freezer hingga beku lagi dan sedia dinikmati.

aiskrim durian


Bagi korang yang ada buah durian terlebih tue...boleh laa try buat aiskrim durian nie...
Bahan-bahan ( +- 600ml )
  • 250g isi durian
  • 200ml fresh cream / whipping cream
  • 200ml fresh milk
  • 200ml air
  • 50-70g susu pekat manis
Cara-cara
  1. Masuk semua ke dalam blander. Mix sehingga sebati.
  2. Masukkan susu sikit demi sedikit. Sambil tu rasalah..Ni utk mengelakkan dari termanis.. Kalau durian tu dah manis.. letaklah sedikit sahaja.
  3. Bila dah siap tu bolehlah simpan kat tempat frozen.
  4. Bila dah hampir separuh beku tu, bawa keluar dr freezer. Mix dengan mixer sehingga nampak gebu.. Lepas tu frozen semula. (ulang 2-3x utk dapat hasil yg lembut) 
selamat mencuba..!!!

aiskrim tembikai

  Mesti ramai penggemar aiskrim kan??? nie saya nk kongsi dengan anda resipi nak buat aiskrim tembikai....
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 300cc tembikai
  • 1sb madu
  • 300cc fresh cream
  • 3 sb gula halus
Cara-cara
  1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
  2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
  3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
  4. Bekukan dalam freezer
  5. Bila aiskrim hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. 
  6. last sekali siap untuk dihidangkan....
selamat mencuba...!!

Sunday 24 March 2013

bihun goreng simple

 nie saya kongsikan dengan korang cara nk buat bihun goreng...
Bahan-bahan ( utk 2 org mkn )
  • 1/2 peket bihun
  • 2 ulas bwg putih- tumbuk
  • 3 ulas bwg merah
  • 1/2 sudu teh lada hitam- tumbuk
  • 1 biji telur
  • sawi
  • 2 kpg fish kek
Cara-cara
  1. rendam bihun hingga lembut. Tumis semua bahan tumbuk
  2. pecahkan telur dan biarkan ia membeku seketika sebelum dikacau hancur
  3. masukkan sawi dan sedikit air
  4. masukkan fish kek yg telah dihiris nipis. perasakan dengan garam. akhir sekali masukkan bihun dan gaul rata. 

bihun tomyam

 
korang pernah mkn bihun tomyam tak?? nie saya kongsi cara-cara nk buat bihun tomyam...

Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )
  • 3/4 bungkus bihun~celur sampai lembut dalam air panas~bilas dengan air bersih dan tapis
  • 1 ketul dada ayam sederhana (chicken keel)
  • 15-20 ekor udang
  • 1 batang lobak merah
  • 2 pokok sawi
  • bunga kobis
  • 3 batang serai~ketuk
  • 3 helai daun limau purut~carik
  • 1 biji tomato
  • 2 paket paste tomyam adabi
  • 1 liter air~ untuk kuah
  • garam secukup rasa
  • 6 ulas cili padi~ ketuk... kalau suka pedas boleh tambah lagi =)
  • 1 biji bawang Holland di potong bulat
Cara-cara
  1. tuang air dalam periuk..masukkan paste tomyam..biar mendidih
  2. masukkan isi ayam...reneh dalam 3 minit
  3. masukkan lobak merah dan batang sawi~masak dalam 3 minit
  4. masukkan bunga kobis dan bawang besar~masak dalam 3 minit lagi
  5. masukkan udang, serai, daun limau purut, cili padi, tomato dan daun sawi.masak dalam 5 minit
  6. perasakan dengan garam
sedia untuk dihidang......... yummy

fish and chips

 korang pernah makan fish and chips tak?? bagi yang xpernah makan tu nie saya kongsikan cara-cara nk buat..nanti boleh laa cuba-cuba buat di rumah...

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 keping isi ikan (guna apa2 jenis ikan isi putih yg besar spt jenahak,kurau, kerapu)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala /paprika (jun x isi)
  • 1/8 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Ikan tadi dilap dengan kitchen roll tisu.
  2. Campurkan tepung gandum, tpg jagung, soda, garam dan serbuk kunyit.
  3. Campurkan susu, air, telur, kacau dengan garfu. Masukkan kedalam campuran tepung. Gaul rata.
  4. Celup ikan dalam tepung dan goreng 4-8min. Angkat dan letak atas kitchen roll tisu untuk buang lebihan minyak. Hidangkan dgn sos, mix vege dan fries. 
selamat mencuba....!!!!

Sunday 17 March 2013

lamb chop

 korang pernah makan lamb chop tak??? mesti tak puas dan rasa nk masak sendiri kan?? nie saya kongsikan dengan anda cara nk wt lamb chop...

Bahan-bahan ( 15 orang makan )

BAHAN-BAHAN SOS BLACK PAPPER. 
  • 3 Biji bawang besar di belah 4, 
  • 4 biji kentang di kopek, 
  • 3 batang lobak merah,
  • 3 batang celery, 
  • 6 sudu brown sos, 
  • 2-3 sudu serbuk lada hitam kasar, 
  • 1 1/2 jug air rebusan daging, 
  • 1 sudu HP BBQ, 
  • 1 SUDU LEA PERRINS, 
  • garam secukup
 
BAHAN-BAHAN PERAPAN LAMB CHOP. 
  • 2 SUDU HP BBQ, 
  • 2 SUDU LEA PERRINS, 
  • SEDIKIT ROSEMARRY, S
  • EDIKIT SERBUK CILI/PAPRIKA, 
  • SEDIKIT SERBUK LADA HITAM, GARAM SECUKUP RASA

Cara-cara

CARA-CARA MEMBUAT SOS BLACK PAPPER.
  1. REBUS LOBAK MERAH,BAWANG,KENTANG,CELERY BERSAMA AIR REBUSAN DAGING.SETELAH EMPUK BLAND SEMUA BAHAN-BAHAN INI,TUANG SEMULA DIDALAM AIR REBUSAN DAGING TADI DAN REBUS SEMULA SEHINGGA MENDIDIH. 
  2. BANCUH SOS BROWN DENGAN AIR DAN TUANGKAN KE DALAM REBUSAN TADI,LETAKKAN BERSAMA SERBUK BLACK PAPPER DAN KESEMUA BAHAN2 SOS BLACK PAPPER,MASAK HINGGA PEKAT DAN SUAIKAN RASA.  
CARA-CARA PERAPAN LAMB CHOP.
  1. GAULKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN PERAPAN BERSAMA LAMB,PERAPKAN SELAMA 2 JAM ATAU LEBIH KEMUDIAN BAKARKAN LAMB TERSEBUT.KEMUDIAN TUANGKAN SOS.
  2. CARA-CARA MENGHIAS. IKUT KRETIVITI SENDIRI.....
selamat mencuba...!!!!!!!!