Sunday 17 March 2013

lompat tikam

korang pernah tak kuih lompat tikam nie?? sekarang saya nk kongsi cara nk buatnya...

Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) ) 

A: Tepung hijau

  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam
C: Pulut merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan A dan tapis
  2. Masak atas api hingga pekat
  3. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) 
  4. Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah 
  5. Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
  6. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya. 
so selamat mencuba....!!!

0 comments:

Post a Comment