Sunday 17 March 2013

cek mek molek

 nie saya kongsikan dengan korang cara nk buat kuih cek mek molek.....

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • 4 biji ubi keledek
  • 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
  • Inti : gula secukupnya

Cara-cara

  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
*kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat.... selamat mencuba..!!!

0 comments:

Post a Comment