Sunday 17 February 2013

kuih samosa






haa...kali nie saya mahu kongsi dengan korang resipi nk buat samosa...


Bahan-bahan;
  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Inti
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah karigaram secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis


Cara-car;
Sediakan Inti:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  2. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  3. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  4. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  5. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api.(kalau nak kentang cepat empuk bolehlah direbus dulu)
  6. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  7. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih.
  8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas


    after siap, boleh la dihidangkan bersama-sama air kopi untuk hidangan minum petang... selamat mencuba..!!!!

0 comments:

Post a Comment