Sunday, 17 March 2013

akok

 kali nie saya nk kongsi dengan korang cara nk buat akok.... senang je nk buat akok nie sebenarnye..

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Saturday, 16 March 2013

tepung pelita


 nie saya kongsikan dengan korang cara nk buat kuih tepung pelita...

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

murtabak mini


pernah makan murtabak mini tak??? mesti ramai jugak peminat murtabak mini kan? nie saya kongsikan cara-cara nk buat murtabak mini nie...

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • Kulit popia saiz sederhana atau besar

Bahan Membuat Inti

  • Bawang kecil dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • 6 tangkai cili kering diblender (2 sudu)
  • 2 sudu serbuk kari
  • 4 biji ubi kentang - saiz sederhana - dipotong dadu
  • Ayam/daging (Ikut suka)
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sampai layu. Masukkan cili blender. Biarkan sekejap dan masukkan serbuk kari. Biarkan atas api seketika.
  2. Masukkan ubi kentang. Tuangkan sedikit air. Agak-agak sekadar untuk mengempukkan kentang. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup dan biarkan seketika hingga kentang empuk dan air sejat. Inti mestilah kering.
  3. Bentangkan kulit popia. Letak inti di atas kulit popia mengikut kesukaan. Kulit popia dilipat.
  4. Panaskan kuali leper. Lengserkan dengan minyak atau mentega. Letakkan murtabak mini. goreng hingga garing atau kekuningan.
  5. Sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan kuah kari. 
Selamat Mencuba....

tart nenas

hai.. mesti ramai peminat biskut tart kan?? terutama sekali tart nenas, kalau hari raya memang wajib ada kan..meh saya kongsikan cara-cara nk buat tart nenas nie...

Bahan-bahan ( 1 balang kecik )

  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm butter
  • 20gm tepung kastad
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
  2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min. 

then dh siap....senang je kan???so, selamat mencuba...

Sunday, 10 March 2013

donut

  pasti ramai yg suka makan donut kan??? nie saya kongsikan dgn korang cara nk buat donut...

Bahan-bahan ( 60 biji )

  • 5 cwn tpg gandum(kalau melekat blh tambah lg tpg)
  • 1 peket yis mauripan
  • 2 sudu bsr susu pekat manis
  • 1 senduk marjerin ( + 2sudu bsr butter)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu gula pasir
  • 2 cwn air suam(utk larutkan yis & gula)
  • 1 cwn gula castor(utk digaul diatas donat)

Cara-cara

  1. larutkan yis & gula-biarkan hingga yis naik.
  2. masukkan semua bhn2 dlm 1 bekas(tpg gandum,telur,marjerin + butter,susu) gaul hingga sebati.
  3. masukkan bacuhan yis yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
  4. uli doh hingga lembut & x melekat di tangan.
  5. canaikan doh td kpd ketebalan 1/2 inci.ptg donut dgn dgn donnut cutter.
  6. taburkan tpg di atas dulang (utk elakkan donut dr melekat)
  7. apabila doonut dah naik,goreng dgn api sederhana.
  8. goreng sehingga warna keemasan.
  9. gaul gula castor diatas donut.
  10. sedia utk dihidangkan panas2.......

Saturday, 2 March 2013

nasi lemak


 pasti ramai dikalangan korang pengemar nasi lemak kan??? nah hari nie saya nk kongsikan dengan korang cara-cara nk masak nasi lemak nie....

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Nasi Lemak Santan Kotak (nasi sahaja):
  • * 3 cawan beras (rice cooker cup)
  • * 1 santan kotak 200ml
  • * 1 sudu kecil garam
  • * 2 inci halia
  • * 2 ulas bawang putih
  • * sehelai daun pandan disimpulkan
  • * 1 cawan air atau lebih
Cara-cara
  1. Basuh beras di dalam periuk rice cooker dan toskan airnya.
  2. Di dalam mangkuk yang lain tuangkan santan kotak sehingga habis. Kemudian tambahkan air secawan untuk mencairkan santan tadi. Kacau adunan santan dan air sehingga sebati.
  3. Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan ke dalam beras.
  4. Tuang santan ke dalam beras sehingga menutupi permukaan beras. Sekiranya tidak mencukupi tambah air. Sukat campuran air dan santan tadi seperti memasak nasi biasa. Lebih senang kalau menyukat menggunakan jari tengah dari permukaan beras sehingga ke garisan alis jari tengah yang pertama (lebih kurang 2cm).
  5. Tambahkan 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
  6. Masak adunan nasi lemak tadi di atas rice cooker seperti biasa. Sesudah suis masak atau cook bertukar kepada warm, ambil senduk nasi dan gaul nasi lemak yang sudah dimasak untuk mengeluarkan wap airnya. Gaul secara kasar macam goreng mee. Dan tekan semula suis masak atau cook kembali.
  7. Nasi akan dimasak semula tapi kali ni lebih kering dan tidak melekat. Biarkan suis warm berlalu lebih 30 minit untuk mendapatkan nasi lemak yang seroi dan sedap. 

Selamat mencuba!!.

blueberry cheesecake

hye.... kali nie mari saya  kongsi dengan korang cara-cara nk buat blueberry cheesecake....

Bahan-bahan ( 23cm )
  • BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 50g Almond flakes - toast
  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
  • TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  2. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  3. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
  4. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  5. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar. 

so, selamat mencuba...!!